RAWANG: Dua warga asing disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa di sebuah kilang kitar semula barangan terpakai di kawasan Perindustrian Kundang, di sini diselamatkan polis, pada Khamis.
Kedua-dua mangsa diselamatkan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Tenaga Kerja Selangor.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi Op Pintas Bersepadu di kilang yang beroperasi sejak setahun tanpa lesen itu dijalankan kira-kira jam 4.10 petang.
Menurutnya, mangsa merupakan wanita warga Myanmar dan lelaki Indonesia masing-masing berusia 22 dan 28 tahun.
"Semasa serbuan, mangsa wanita ditemui di dalam sebuah bilik di tingkat satu kilang dalam keadaan menangis ketakutan. Temu bual awal dijalankan dengan menggunakan penterjemah rakan senegara mendapati mangsa tidak dibenarkan keluar serta tidak menerima pembayaran gaji lebih empat bulan.
"Lelaki Indonesia itu yang bekerja selama lebih kurang setahun pula telah kehilangan satu jari tengah di tangan kanan akibat kemalangan di tempat kerja dan berlaku pengabaian oleh majikan kerana gagal dapatkan rawatan yang sepatutnya," katanya pada Jumaat.
Tambah Soffian, atas syak yang munasabah mangsa adalah orang yang diperdagangkan di bawah Seksyen 12 Akta Atipsom berdasarkan kepada indikator seperti waktu kerja yang panjang, tidak dibayar gaji melebihi tiga bulan serta pengabaian majikan.
Susulan itu, dua warga China yang berperanan sebagai penyelia kilang dan pembantu penyelia ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk lima wanita yang terdiri daripada tiga warga Myanmar, China (4), Bangladesh (1) dan Indonesia (7).
"Kita telah merampas lima kad kerja, satu telefon bimbit serta satu alat kawalan jauh pintu pagar," ujarnya.
Tambahnya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 15 2023
Polis menahan PATI serta menyelamatkan dua mangsa disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa. - Gambar/ Sinar Harian
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024
Shah Firdaus baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan.
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini
Ikuti secara langsung di TV1, TV Al-Hijrah, web TV, media sosial Jakim mulai 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan, jam 9 malam tilawah.
Nikkei Forum: Merungkai masa hadapan Asia
Bagaimana perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) akan melihat kepada halu tuju kepimpinan negara Asia dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia?
Kupasan lanjut bersama Prof Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Khoo Ying Hooi.
Kupasan lanjut bersama Prof Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Khoo Ying Hooi.
AWANI Ringkas: PM akan hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak MB Perlis tiba di mahkamah
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.05 pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.45 pagi.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin tiba di mahkamah
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad dipercayai akan menghadapi tuduhan kes rasuah.
Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah
Kesemua mereka dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang dibuka jam 9 malam.
Remaja jadi buruh paksa, dipantau CCTV
Polis menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di dua kilang, di sini, pada Rabu.
Kilang proses ayam diserbu, majikan abai tanggungjawab
Tiada perakuan penginapan, penyata gaji serta membuat potongan gaji secara tidak sah adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Bersepadu Mega Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar).
Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.
Dua buruh paksa mangsa eksploitasi diselamatkan polis
Dua warga asing disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa di sebuah kilang kitar semula barangan terpakai di kawasan Perindustrian Kundang, di sini diselamatkan polis, pada Khamis.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.
Supermax akan sambung semula eksport sarung tangan pakai buang ke AS
Supermax Corporation Bhd (SCB) dan anak syarikat milik penuhnya telah dibenarkan untuk menyambung semula eksport sarung tangan pakai buangnya ke Amerika Syarikat (AS) bermula 18 Sept, 2023.
Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar
Majikan digesa untuk mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji pekerja susulan terdapat aduan bahawa segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.
Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC
Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit.
Korea Selatan, Jepun jalin hubungan lebih kukuh dalam dagangan selepas masuk 'senarai putih'
Korea Selatan dan Jepun bersetuju pada Jumaat untuk bekerjasama lebih rapat dan lebih meluas dalam pelbagai isu perdagangan pelbagai hala ekoran pemulihan hubungan dua hala baru-baru ini.
1,120 pekerja asing tidak bekerja akan diberi majikan baharu
Seramai 1,120 pekerja asing yang telah dibawa masuk ke negara ini menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing didapati tidak bekerja, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.